KELAS HIDROPONIK DI PUSAT INTERNET TAMAN SENTOSA

Aktiviti terkini | 28 Oktober 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Taman Sentosa, Gemas

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kaedah tanaman secara hidroponik.
• Mengajar “tips & trick” penjagaan tanaman sayuran tanpa penggunaan pam elektrik, siraman dan penjagaan selama 30hari.
• Memperkenalkan kaedah baru penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik kepada penduduk setempat.
• Mengeratkan ukhuwah bersama dengan penduduk setempat.

Kelebihan Aktiviti :
• Dengan adanya aktiviti sebegini, semua penduduk setempat dapat didedahkan dengan kelebihan menanam sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Semua penduduk juga dapat mengetahui maklumat lebih lanjut dengan kaedah ini di samping merapatkan silaturrahim. Selain itu, aktiviti sebegini dapat memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada golongan dewasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :