Program Program I-Sihat di Pusat Internet Desa Permai Repah, Negeri Sembilan
Aktiviti terkini | 23 Februari 2019Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Desa Permai Repah, Negeri Sembilan
Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan mewarna murid Tabika Perpaduan Desa Permai Repah.
• Pemeriksaan kesihatan secara percuma.
• Ceramah kesihatan daripada Pegawai Kesihatan.
• Taklimat Klik Dengan Bijak.
• Perasmian Penutup oleh YB Veerapan A/L S. Supermaniam selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tujuan Aktiviti :
• Menitikberatkan tentang pemakanan yang sihat kepada semua penduduk setempat.
• Memberi taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk “Parenting Control”.
• Mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terjalin bersama dengan penduduk setempat.
Kelebihan Aktiviti :
Dengan adanya aktiviti sebegini, semua penduduk setempat dapat mengamalkan pemakanan yang sihat sambil menjaga kalori makanan yang perlu diambil setiap hari.
Di samping itu, ibu bapa juga dapat mengetahui cara mengawal anak-anak menggunakan internet daripada taklimat yang diberi.
Selain itu, aktiviti sebegini dapat merapatkan silaturahim semua penduduk setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :