Sambutan Ambang Tahun Baru 2020

Aktiviti terkini | 01 Januari 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Taman Sentosa, Gemas

Ringkasan Aktiviti :
• Sambutan Ambang Tahun Baru terbahagi beberapa segmen.
• Segmen 1 – Program Amal dan Kebajikan Gunting Rambut Harapan Gemas yang dianjurkan oleh BODASO BARBERSHOP dan juga Jabatan Penyelaras Dun Gemas.
• Segmen 2 - Karnival Sukan Rakyat anjuran Pejabat Daerah Kecil Gemas, KEMAS, APM, BOMBA, SAINS dan MPKK Gemas.
• Segmen 3- Slot Aktif Jam Senamrobik Dun Gemas yang disertai lebih 400 orang peserta selama 1 jam setengah dari Team Dun Gemas termasuk daerah Palong dan Rompin.
• Segmen 4 – Penyampaian Hadiah oleh Penyelaras Dun Gemas, Pn. Rusnani Saring, Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Pn.AzlinZamli dan juga Jawatankuasa Majlis pimpinan Negeri Sembilan (Ketua Cabang Tampin), Tuan Jefrey Young.
• Segmen 5 – Acara perasmian, penyerahan bantuan persekolahan kepada 35 orang anak yatim & asnaf Gemas. Diikuti pertandingan akhir pertandingan karaoke Gemas Vaganza, persembahan budaya , penyampaian hadiah, penyerahan jalur gemilang oleh Konvoi Bermotor dan terakhir sekali upacara ‘countdown’ dan pertunjukan bunga api di depan Dataran Gemas.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan seluruh masyarakat gemas
• Membantu kepada yang kurang
• Memberi semangat baru kepada adik-adik yang bakal memulakan persekolahan dengan memotong rambut percuma
• Meraikan bersama-sama masayarakat setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :