FUN WALK MERDEKA & HARI MALAYSIA, TAMAN SENTOSA

Aktiviti terkini |10 September 2022

Tempat Aktiviti:
Padang & Balai Raya Taman Sentosa.

Ringkasan Aktiviti :
. • Aktiviti ‘Fun Walk’ lebih kepada aktiviti kecergasan yang dianjurkan oleh Komuniti Keluarga Malaysia, Taman Sentosa yang melibatkan komuniti setempat dan dirasmikan oleh ADUN Kawasan Gemas & Jabatan Penerangan Tampin.

Tujuan Aktiviti :
. • Untuk meningkatkan serta menggalakkan kesedaran menjaga kesihatan & kecergasan disamping menyahut kempen kerajaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti dimulakan dengan berjalan kaki sekitar Taman Sentosa yang diketuai oleh YB Dato’ Abd Razak, diikuti dengan aktiviti senamrobik, acara Tarik tali, taklimat & demonstrasi pemadaman api dari Jabatan Bomba & Penyelamat Gemas, pertandingan memasak untuk komuniti ibu-ibu dan juga pameran ternakan Arnab bagi tarikan kanak-kanak.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mengeratkan pertalian komuniti setempat selain memberi kesedaran kesihatan & kecergasan.
• Menggalakkan anak-anak bergaul secara sihat.
• Memberi manfaat dengan menambah kenalan, mengeratkan sesame komuniti dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti bersama.

Nama VIP :
• YB. Dato’ Abd. Razak bin Said, ADUN GEMAS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :