Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.
Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 KM. Manakala, Seremban pula 101 km. Bandar ini terletak sekitar 165 KM dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen keretapi Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan keretapi ke pantai timur dan pantai barat Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023Program Seribu Langkah di Bukit Taisho, Bahau
Aktiviti Terkini | 25 Disember 2018Semua penduduk setempat dapat mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai program seribu langkah sambil mendaki Bukit Taisho, Bahau. Selain itu, semua penduduk dapat pengalaman yang tidak ternilai disamping dapat menjaga kesihatan diri sendiri....baca selanjutnya
MAJLIS HARI GRADUASI TABIKA PERPADUAN DI DEWAN HALA CARA BARU, GEMAS
Aktiviti Terkini | 17 November 2018Dengan adanya aktiviti sebegini, semua penduduk setempat dan ibu bapa murid 6 tahun Tabika Perpaduan dapat meraikan Hari Graduasi. Selain itu, semua murid dapat pengalaman yang tidak ternilai sepanjang hari graduasi dan menyertai pertandingan drama tari yang dianjurkan....baca selanjutnya
KELAS HIDROPONIK DI PUSAT INTERNET TAMAN SENTOSA
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2018Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kaedah baru penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik kepada penduduk setempat dan menunjukkan secara praktikal bagaimana cara mengendalikan penanaman sayuran secara hidroponik.....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI PI TAMAN SENTOSA
Aktiviti Terkini | 30 September 2018Semua penduduk setempat dapat didedahkan dengan kelebihan membeli telefon Vivo Y53. Semua penduduk juga dapat menyertai setiap pertandingan yang dijalankan di samping merapatkan silaturrahim. Selain itu, aktiviti sebegini dapat memperkenalkan lagi Pusat Internet di setiap lapisan umur penduduk setempat....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM QURAN HOUR
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Dengan adanya aktiviti sebegini, semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa dapat bersama-sama menghayati kelebihan dan keindahan Al-Quran. Selain itu, aktiviti sebegini dapat mewujudkan kesedaran kepada semua tentang kepentingan Al-Quran....baca selanjutnya
BENGKEL & DEMO MASAKAN MAKANAN SIHAT
Aktiviti Terkini | 09 Julai 2018Selain daripada mendapat ilmu dan sedikit kesedaran tentang pentingnya mengamalkan pemakanan sihat, sirratulrahim juga semakin rapat dan ini membuatkan para guru lebih terbuka tentang pemakanan sihat terutamanya dalam pengambilan makanan untuk anak-anak tabika mereka....baca selanjutnya
SENAM SIHAT RAYA
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018Aktiviti ini dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim....baca selanjutnya
AGIHAN BUBUR LAMBUK
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2018Selain dapat berkongsi rezeki dan bersedekah, aktiviti ini juga dapat mendekatkan lagi penduduk sekitar dengan staf Pusat Internet dan juga beberapa pertubuhan kelab permotoran di Gemas....baca selanjutnya
PROGRAM MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM
Aktiviti Terkini | 29 April 2018Pelbagai pertandingan diadakan, pameran, khemah jualan murah barangan harian serta kaunter JPJ dan Cukai Tanah....baca selanjutnya
LAWATAN KE BALAI BOMBA GEMAS
Aktiviti Terkini | 14 Mac 2018Lawatan ini bertujuan mendidik dan memberi pengalaman kepada murid tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran / kecemasan, mendidik kanak – kanak, ibu bapa dan guru – guru tentang kaedah menyelamatkan diri & mencegah risiko kebakaran dan mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba & agensi keselamatan lain....baca selanjutnya
PENDIDIKAN AWAL TENTANG BAHAYA API DAN KEBAKARAN
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2018Aktiviti ini adalah demonstrasi tentang penggunaan alat pemadam api, keselamatan semasa kebakaran dan langkah – langkah pencegahan kebakaran....baca selanjutnya