Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.

Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 KM. Manakala, Seremban pula 101 km. Bandar ini terletak sekitar 165 KM dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen keretapi Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan keretapi ke pantai timur dan pantai barat Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE FB: KECERDASAN MENTAL

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Mengenali apa itu kecerdasan yang dihasilkan melalui otak manusia....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI MASALAH KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA (BAHAGIAN 1 & 2)

Aktiviti Terkini | 13 & 19 November 2021

Membincang dan menerangakan tentang masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat sekeliling...baca selanjutnya

KELAS ICT UNTUK WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2021

Mengajar dua warga emas yang ingin mempelajari asas ICT, cara membuat email baharu dan juga cara membuat dan juga mengendalikan aplikasi Whatsapp Business....baca selanjutnya

VIDEO CARA MENGHANTAR PARCEL DENGAN WEB MY PARCEL ASIA

Aktiviti Terkini | 14 September 2021

Video berkisarkan tutorial bagaimana cara menghantar barangan kepada pelanggan dengan menggunakan web portal My Parcel Asia. Tutorial ringkas dan juga sedikit perbandingan dengan portal lain bagi memudahkan pengguna membuat pilihan....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE KEMERDEKAAN YANG KE 64

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2021

Menceritakan tentang Malaysia Prihatin adalah tajuk tema pada Hari kebangsaan bagi memupuk semangat patriotisme di dalam diri rakyat Malaysia...baca selanjutnya

VIDEO CARA MENDAPATKAN SIJIL PEPERIKSAAN SPM YANG HILANG SECARA DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2021

Menerangkan cara mendapatkan sijil keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM dan lain-lain yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di laman e-Lembaga Peperiksaan...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Facebook Live kali ini untuk membincangkan topik-topik yang membimbangkan di masa kini kepada ahli Facebook. Topik yang diketengahkan ialah maklumat palsu, buli siber dan "oversharing"...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE MENAIP SURAT RASMI DI MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2021

Facebook Live kali ini untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook mengenai cara menaip surat rasmi dengan format yang tepat. ...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PRODUK DIGI

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2021

Facebook Live Produk Digi untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook khususnya penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menebus Jaringan Prihatin bersama Digi....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE ICT CLASS

Aktiviti Terkini | 28 April 2021

Facebook Live Kelas ICT untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook khususnya guru atau ibu bapa untuk memberi Latihan untuk mengisi masa lapang anak-anak....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE ICT CLASS

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2021

Facebook Live Kelas ICT untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook khususnya usahawan mengenai cara mengepos barangan jualan mereka dengan lebih mudah dan murah di laman Easy Parcel....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE ICT CLASS

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Facebook Live Kelas ICT untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook mengenai cara membuat video pembelajaran atau informasi menggunakan laman Powtoon....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE ICT CLASS

Aktiviti Terkini | 2 Januari 2021

Facebook Live Kelas ICT untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook mengenai cara membuat resume menggunakan aplikasi Canva...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti