Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.

Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 KM. Manakala, Seremban pula 101 km. Bandar ini terletak sekitar 165 KM dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen keretapi Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan keretapi ke pantai timur dan pantai barat Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM EXPLORACE ICT

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2019

Program ini dapat meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan dan memberi peluang kepada ahli aktif merasai pengalaman dalam menyertai program ini....baca selanjutnya

BENGKEL MEMBUAT ROTI (KANAK-KANAK) BERSAMA USAHAWAN RISDA

Aktiviti Terkini | 05 November 2019

Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga keselamatan dan menitik beratkan aspek keselamatan dalam kehidupan harian....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA UNIT KECEMASAN BOMBA & PENYELAMAT

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2019

Bermula dengan Taklimat & Ceramah tentang kesedaran dan juga demonstrasi memadamkan api dan diakhiri dengan sedikit jamuan dan penyampaian cenderhati....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM AGAMA GEMAS

Aktiviti Terkini | 04 September 2019

Program ini memberi kesedaran kepada semua pengguna Internet di Malaysia tentang kebaikan dan keburukan internet disamping langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya jenayah siber....baca selanjutnya

PROGRAM SERIBU LANGKAH DAN SAMBUTAN MERDEKA

Aktiviti Terkini | 02 Ogos 2019

Semua penduduk akan memulakan acara berjalan sebanyak seribu langkah dengan mengibarkan jalur gemilang sambil memasang bendera di rumah-rumah penduduk kawasan itu....baca selanjutnya

PROGRAM MUAFAKAT TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 02 Julai 2019

Program ini memberi pendedahan kepada semua lapisan umur untuk menitikberatkan senaman sebagai salah satu cara untuk memastikan gaya hidup sentiasa sihat....baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA RAYA

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2019

Program dimulakan dengan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak Bersama pelajar tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah. Penduduk menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti jaguh sambal belacan dan pertandingan memasak menu sihat yang berasaskan ayam....baca selanjutnya

PROGRAM HIRUK PIKUK BERSAMA RTM NEGERI FM

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2019

Dimulakan dengan gotong-royong membuat bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk Gemas. Penduduk Gemas menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti gubahan tuala dan pertandingan memasak....baca selanjutnya

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA AADK

Aktiviti Terkini | 21 April 2019

Pameran booth AADK juga diadakan bagi menunjukkan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan jenis-jenis dadah yang membahayakan....baca selanjutnya

TAKLIMAT & DEMONSTRASI KEBAKARAN TABIKA PERPADUAN TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2019

Demonstrasi diberikan kepada kanak-kanak untuk lebih memahami dan merasai sendiri bagaimana anggota bomba menjalankan tugas....baca selanjutnya

Program I-sihat di Pusat Internet Desa Permai Repah

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Dengan adanya aktiviti sebegini, semua penduduk setempat memperolehi informasi pemakanan yang sihat untuk menjaga kalori makanan yang perlu diambil setiap hari. Di samping itu, ibu bapa juga dapat mengetahui cara mengawal pengunaan internet anak-anak mereka...baca selanjutnya

Program Seribu Langkah di sekitar Stesen Keretapi Gemas

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program Seribu Langkah ini merupakan aktiviti berjalan kaki di sekitar Stesen Keretapi Gemas bersama komuniti setempat Gemas...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti