Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.
Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 KM. Manakala, Seremban pula 101 km. Bandar ini terletak sekitar 165 KM dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen keretapi Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan keretapi ke pantai timur dan pantai barat Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023FACEBOOK LIVE ICT CLASS
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2020Facebook Live Kelas ICT untuk memberi pendedahan kepada ahli Facebook cara untuk promosikan jualan mereka dan juga cara menjadikan posting menarik....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 28 November 2020Facebook Live Klik Dengan Bijak untuk memberi kesedaran kepada ahli Facebook mengenai kepentingan menggunakan internet secara berhemah dan bertanggungjawab....baca selanjutnya
KELAS MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini |4 Oktober 2020Kelas Microsoft Powerpoint untuk memperkenalkan peserta cara untuk membuang gambar latar belakang....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 13 September 2020Mengeratkan perhubungan kanak-kanak setempat...baca selanjutnya
KELAS MICROSOFT WORD- LATIHAN MEMBUAT RESUME
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020Memberi pengetahuan asas membuat resume kepada peserta dengan menggunakan Microsoft Words. ...baca selanjutnya
KELAS MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini |11 Julai 2020Memberi pengenalan kepada peserta bagaimana cara membuka Microsoft Powerpoint dan menukar template design...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini |10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PENGENALAN ASAS UPSTUDIO 3D PRINTER
Aktiviti Terkini | 1 Mac 2020Memberi pendedahan bagi mengetahui cara export 3D sketchup kedalam UP Studio printer...baca selanjutnya
RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2020
Aktiviti Terkini |7 Februari 2020Mengeratkan seluruh masyarakat dan kaum cina di Gemas....baca selanjutnya
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2020
Aktiviti Terkini | 01 Januari 2020Sambutan Ambang Tahun baru ini diadakan seawall 11pagi sehingalah 12 tengah malam malam tahun baru 2020 bagi meraikan kedatangan tahun baru bersama-sama masyarakat Gemas....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya